Ahad, 6 Oktober 2013

Salam semua! sebenarnya saya terasa nak menulis kerana saya rasa hari ini hari yang sangat best yang pernah saya lalui dan sebab tu jugak lah saya nak share pengalaman manis saya kepada semua orang! Sebenarnya saya memang suka untuk share perkara yang bagi saya seronok kepada semua orang. Bagi saya perkara yang baik patut dikongsikan bersama....  Hari ini hari Ahad dan bagi orang utara, kita sekolah so memang tak best lah kan.... Tapi saya lalui hari Ahad iaitu pada tanggal 5/10/2013 dengan penuh keriangan! Pada mulanya hari sya bermula dengan mimpi buruk, tapi lain pula pada waktu saya datang ke sekolah. Semasa di 'foyer', tingkatan1 semua kena duduk kat situ sampai rehat sebab PMR... So tiba2 ada kawan saya panggil, "Atiqah!  cikgu Rohani panggil." So saya pun pergi kat cikgu. Cikgu minta saya suruh bawak peralatan untuk lukis, entah lukis apa entah. Cikgu tak bagi tau. So cikgu senyum2 manis je. Saya pun ok la... Then perkara ke2 yangsaya suka ialah Kita masuk kelas 501 lepas rehat walaupun kelas saya 101. Apa yang bestnya tentang kelas 501 tu ialah kelas tu kelas yang tercantik dekat sekolah saya. So kita dapat layanan yang agak VIP lah sebab kelas tu memang cantik dan selesa. Lepas tu perkara ke3 yang saya suka apabila cikgu Math saya cakap yang pelawat yang datang masa hari tu suka ngan kelas saya selepas dia menialai sebanyak 3 kali. Dan dia bersetuju untuk buat "shooting" di kelas saya. Shooting tu untuk kementerian pelajaran Malaysia. Video tu akan dihantar ke peringkat negeri dan akan ditonton oleh generasi yang akan datang! Tapi kalau kita semua tunjukkan sahsiah yang baik, kalau tak, hmmmm..... sebenarnya banyak lagi perkara yang menarik yang membuatkan saya rasa hari ini ialah hari persekolahan yang paling seronok bagi saya..... ok tak pelah , takat ni jer yang saya dapat luahkan.... saya pun bukannya pandai menulis sangat.... Menulis ikut suka hati jer... jadi kalau salah ejaan ke, perkataan ke, susunan ayat ke, harap dimaafkan ya..... Sekian....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan